Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Dipacu oleh misi. Didorong oleh insani.

Kami bukannya syarikat teknologi semata-mata. Produk yang kami bangunkan mendahulukan kepentingan insan daripada keuntungan. Kami wujud demi menjadikan internet sebuah platform yang sihat dan selamat untuk semua warganya.

"Keselamatan internet dan kehidupan dalam talian adalah sebab kewujudan kami."

Mitchell Baker, Pengerusi Eksekutif Lembaga, Mozilla Foundation

Mozilla membangunkan produk yang menghormati privasi penggunanya

"Mozilla bersungguh-sungguh demi membuktikan kepada dunia bahawa perniagaan tetap boleh berjalan lancar dengan menggunakan AI yang boleh dipercayai. Ini termasuklah meletakkan hak asasi manusia, perlindungan data serta ketelusan sebagai batu asas di dalam pembangunan sistem yang kompleks."

Politico

Sertai kami dalam usaha membentuk AI yang boleh dipercayai

Usaha Mozilla dalam bidang AI bukan satu perkara baru — selama bertahun-tahun lamanya kami membiayai, membangun serta memperjuangkan AI yang terbuka, adil dan bertanggungjawab. Fokus kami adalah untuk membangunkan AI yang berkhidmat demi pengguna, mengutamakan ketelusan dan menyokong apa yang terbaik untuk pengguna awam dan bukannya agenda korporat.

Baca Lagi

Jadi, apakah Mozilla sebenarnya?

Pada asasnya, Mozilla adalah satu organisasi aktivis yang dikemudi oleh Mozilla Foundation yang memperjuangkan perubahan positif di dunia ini melalui beberapa usaha termasuklah Mozilla Corporation, MZLA, Mozilla Ventures dan Mozilla AI. Kenapa kami berbeza? Kami dipacu oleh satu misi. Ini bermakna kami mampu berbuat keputusan demi kebaikan pengguna internet sejagat, bukannya berdasarkan kehendak pemegang saham — kami tidak mempunyai pemegang saham.

Ketahui tentang Mozilla Foundation

Sertailah perjuangan untuk internet yang lebih sihat

Suara anda. Kod anda. Idea anda. Ada beribu-ribu cara untuk anda menyumbang kepada Mozilla.

Sertai kerja sukarela dengan Mozilla

Suatu masa ketika kami mendedahkan kod-sumber kami…

Projek Mozilla diasaskan di San Francisco pada tahun 1998, sewaktu pelayar Netscape membuat keputusan radikal untuk membuka kod program mereka kepada orang awam untuk membina dan memperbaikinya. Pada masa itu, ada satu syarikat mendalangi monopoli penggunaan internet secara maya.

Akhirnya, projek sumber terbuka Mozilla bertukar kepada versi pertama Firefox yang amat popular.

Pada hari ini, Mozilla meneruskan usaha ke arah internet yang lebih baik bagi jutaan ahli komuniti di seluruh dunia, memperjuangkan teknologi yang lebih beretika, AI yang boleh dipercayai serta menghasilkan produk-produk yang mementingkan privasi yang memberi kuasa kepada penggunanya.